Cara Mengatasi Kulit Kusam dengan mudah – Memiliki kulit yang halus serta mulus, tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak adalah idaman semua orang. Masalah kulit kusam antara perkara yang seringkali menjadi isu, tentang bagaimana kulit kusam boleh terjadi, dan bagaimana cara mengatasi kulit kusam itu sendiri. Kebiasaannya, masalah kulit kusam bukan semestinya dialami oleh mereka yang berkulit gelap, malah masalah ini juga boleh terjadi kepada mereka yang berkulit kuning langsat, berkulit cerah, sawo matang dan diringkaskan cerita semua jenis kulit akan boleh mengalami masalah ini. Oleh itu, langkah penjagaan kulit haruslah dititik beratkan disamping mengetahui secara terperinci dan khusus tentang cara mengatasi masalah kulit kusam itu sendiri. Maka hari ini Izzati akan kongsikan serba sedikit tentang tips, langkah langkah ataupun cara mengatasi masalah kulit kusam yang boleh diamalkan kerana ianya mudah dan insyaAllah selamat.

1. Banyakkan minum air putih

Seperti yang sudah kita ketahui, air begitu memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita dan tidak ketinggalan juga dalam mencantikkan dan memulihkan kulit kita tidak kira lah sama ada kepada wanita ataupun lelaki. Air putih dapat mengekalkan tubuh badan kita daripada mengalami dehidrasi dan menjaga kebersihan tubuh. Percayalah bahawa orang yang banyak mengambil air putih biasanya akan lebih mudah memiliki kulit yang cantik dan seihat. Oleh itu, didiklah diri kita untuk minum air putih sekurang kurangkan lapan gelas sehari.

minum air putih antara cara mengatasi masalah kulit kusam

2. Gunakan pelembap kulit atau losyen badan

Antara cara mengatasi masalah kulit kusam yang lain ialah dengan memakai pelembab seperti losyen badan untuk membantu melembabkan kulit yang nampak kusam. Namun begitu diingatkan bahawa berhati hati dalam memilih produk losyen atau pelembap. Seeloknya berjumpa lah dengan doktor, dan gunakan lah produk losyen atau pelembap yang disarankan oleh doktor sendiri. Ini adalah kerana jenis kulit bagi setiap orang itu berbeza dan doktor lebih tahu apa yang sesuai untuk kulit anda.

3. Kurangkan berjaga sehingga lewat malam

Bagi orang dewasa, anda disarankan agar mendapatkan tidur yang cukup sekurang kurangnya 6 hingga 8 jam. Seeloknya elakkan dan kurangkan lah berjaga sehingga lewat malam kerana berjaga di tengah malam bukan sahaja meletihkan  badan anda malah juga tidak baik untuk kulit anda.

4. Jauhi stress

Stress juga merupakan salah satu penyebab mengapa kulit anda terlihat kusam dan kering. Maka dari itu hindari hal-hal yang dapat membuat anda menjadi stress. Misalnya dengan melakukan hal-hal yang mengembirakan anda dan jangan terlalu sibuk bekerja. Setelah penat bekerja, luangkan lah masa untuk anda “refresh” kan minda dan tubuh badan anda. Jika badan sihat, kulit juga akan turut sihat insyaAllah.

5. Makan Secara Sihat

“Anda adalah apa yang anda makan”. Jika anda makan makanan yang berminyak, maka kulit anda juga akan mudah berminyak. Jika anda makan makanan yang sihat, maka kulit anda akan turut sihat. Oleh itu, titikberatkan apa yang anda makan setiap hari, banyyakan makan makanan yang menagndungi serat seperti buah dan sayuran, dan kurangkan makanan yang megandungi lemak dan santan.

6. Dengan menggunakan putih telur

Putih telur juga merupakan salah satu cara mengatasi masalah kulit kusam. Jadikan putih telur sebagai ‘masker’ setiap kali sebelum anda tidur. Caranya mudah, pisahkan putih dan kuning telur. Kemudian sapukan putih telur ke semua permukaan kulit wajah. Kemudian cuci kembali wajah anda setelah bangun keesokan harinya. Lakukan langkah ini secara teratur dan terus menerus, insyaAllah kulit wajah anda akan nampak lebih segar dan terasa halus serta tidak kusam lagi!

putih telur antara cara mengatasi masalah kulit kusam

Panduan dan cara cara mengatasi masalah kulit kusam di atas ini antara yang mudah dilakukan. Lakukan secara berterusan dan rasai perbezaannya serta kongsi dengan rakan yang mempunyai masalah yang sama.